IMPLIKASI STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH
KONSEP Stratifikasi ialah pembezaan individu kepada kelas secara hierarki (Suci & Saefur, 2019). Hal ini termasuklah dalam aspek pangkat, kekayaan, atau kuasa yang menjadikan ia dikenali sebagai stratifikasi sosial. Strategi stratifikasi sosial mengkategorikan orang dalam masyarakat secara menegak atau berlapis serta mewujudkan perbezaan antara kelas sosial yang berbeza. Faktor seperti dinamik kuasa dan status sosial mempengaruhi klasifikasi ini, yang menghasilkan pembentukan pelbagai strata sosial. Justeru, pelbagai sarjana telah menyumbangkan pelbagai idea dan pendapat mereka berkenaan pendefinisian dan pemahaman stratifikasi sosial. Menurut Abdullah dan Taufan (2021), stratifikasi sosial merujuk kepada pembahagian manusia kepada peringkat atau strata yang boleh dilihat berbentuk menegak seperti lapisan bumi yang tersusun di atas, tengah dan bawah. JENIS-JENIS STRATIFIKASI SOSIAL Stratifikasi sosial boleh dikategorikan kepada tiga pecahan iait...